Powered by Blogger.
RSS

Cuti-cuti Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamatkan Palastin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

geografi-tingkatan2.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatan 4 - Bab 7: Pelaburan

BAB 7 : PELABURAN

a) Maksud Pelaburan.

     Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa  
     ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.

                  Pelabur
                 Spekulator
1. Membeli syer untuk mendapatkan 
    pulangan dalam bentuk dividen/syer 
    bonus.
 1. membeli syer pada harga rendah
    dan jual pada harga yang tinggi 
    untuk mendapatkan keuntungan.
2. Beli syer untuk disimpan dalam 
   jangka masa panjang dengan 
   harapan prestasi syarikat berkem-
   bang dan harga syernya naik.
2. Membeli dan menjual syer dalam
   jangka masa singkat untuk
   mendapatkan keuntungan daripada
   perbezaan harga.
3. Penglibatan pelabur mencergaskan
    pasaran saham dan mengukuhkan
    harga pasaran.
3. Penglibatan Spekulator melemahkan
    pasaran saham kerana harga saham
    turun dan naik dengan tidak
    menentu.
4. Pelabur sentiasa berhati-hati
   melakukan analisis kewangan dan
   memperolehi maklumat prestasi
   syarikat sebelum membeli saham
   syarikat.
4. Spekulator sentiasa membuat
    ramalan sesuatu harga syer.
   Tindakannya dipengaruhi khabar 
   angin, sikapnya keterlaluan boleh 
   menjejaskan pasaran saham.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatan 4 - Bab 6: Pemilikan Perniagaan

BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
    -    menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
    -    usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
    -    usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih
    -    membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
    -    perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
    -    pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan
    -    mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store

4. Francais
    -    hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
    -    Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
    -    Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
    -    Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
    -    sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
    -    Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang
    -    usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
-    dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1.       Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
2.       Memastikan modal mencukupi
3.       Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan
berpotensi maju.
4.       Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan
seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
5.       Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa,
kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan
kuasa beli penduduk.
6.       Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
7.       Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang
strategi menghadapinya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatan 4 - Bab 5: Industri Kecil & Sederhana (IKS)

BAB 5 : INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Syarikat perkilangan dengan jualan tunai tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

CIRI-CIRI

  1. Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
  2. Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.
     3.  Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA
          dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit
          daripada institusi kewangan.
  1. Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
  1. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos

KEGIATAN IKS

  1. Industri berasaskan sumber
-          berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi.
-          seperti rotan dan kayu dalam kegiatan membuat perabot.

  1. Industri berasaskan logam
-          melibatkan kepakaran dan teknologi berkaitan kimpalan,
faundari dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera seperti membuat alat ganti jentera.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatan 4 - Bab 4: Perniagaan Antarabangsa

BAB 4 : Perniagaan Antarabangsa.

  1. Maksud Perniagaan Antarabangsa.

  • kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
  • ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot.
  • Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.

  1. Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.

-     Perbezaan sumber alam semulajadi.
·         sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza
·         sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya

-          Perbezaan kos pengeluaran.
·         sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling minima berbanding negara lain. 
·         barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport

-          Perbezaan tingkat teknologi
·         Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

-          Hubungan antarabangsa.
·         interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
·         hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatan 4 - Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri

BAB 3 : Perniagaan Dalam Negeri

Soalan : Terangkan maksud Perniagaan dalam negeri
  • aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
  • Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
  • terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

Saluran Agihan

Soalan : Nyatakan maksud saluran agihan

proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

 

Soalan : Jelaskan bentuk Saluran Agihan

1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
·         Barang yang sesuai -  barang keperluan dapur (bernilai  kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
·         hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
·         bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
·         barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
·         barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
6. PENGELUAR – PENGGUNA
·         barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatan 4 - BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

KEPERLUAN
KEHENDAK
  • Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
  • Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
  • Sama untuk semua orang
  • Berbeza ikut taraf hidup
  • Tuntutan semulajadi
  • Dari pengalaman
  • Mudah dipuaskan
  • Tidak terhad
  • Mengikut peringkat -Maslow
  • Tiada keutamaan
KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW
Boleh dibahagi kepada 3 peringkat:
                                           Keperluan Rohani

                                           Keperluan Sosial

                                          Keperluan Fisiologi
  1. Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
    1. Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
    2. Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal
  1. Keperluan Sosial

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatan 4 - BAB 2: UNSUR PERDAGANGAN

Maksud Perdagangan
-         agihan barang
-         daripada pengeluar ke pengguna
Maksud Perniagaan  
-         jual beli barang
-         dapat untung

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan

PERDAGANGAN
PERNIAGAAN
1.  merupakan cabang pengeluaran
1.  merupakan cabang perdagangan
2.  agih barang
2.  beli dan jual barang
3.  tujuan agih barang
3.  tujuan dapat untung
4.  daripada perniagaan dan bantuan perniagaan
4.  terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

Peranan Bank

-         Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit
-         Ada  kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa
-         Beri modal melalui pinjaman / overdraf
-         Beri khidmat nasihat
-         Lain-lain perkhidmatan seperti:
·                     pertukaran matawang asing
·                     cek kembara
·                     peti simpanan selamat
Peranan Insurans  
-         Beri perlindungandaripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
-         Bayar premiumdapat gantirugi dapat memulihkan kepada kedudukan asal
-         Berniaga lebih yakin berani kembang perniagaan
-         Wujudkan peluang perniagaan
-         Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teknik Latihan Imbangan Otak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS