Powered by Blogger.
RSS

Tingkatan 4 - Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri

BAB 3 : Perniagaan Dalam Negeri

Soalan : Terangkan maksud Perniagaan dalam negeri
  • aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
  • Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
  • terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

Saluran Agihan

Soalan : Nyatakan maksud saluran agihan

proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

 

Soalan : Jelaskan bentuk Saluran Agihan

1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
·         Barang yang sesuai -  barang keperluan dapur (bernilai  kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
·         hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
·         bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
·         barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
·         barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
6. PENGELUAR – PENGGUNA
·         barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor

Soalan : Jelaskan Faktor Pemilihan Saluran Agihan

1. Jenis barang
barang cepat rosak – pengeluar - pengguna
barang elektrik yang tahan lama – melalui pemborong & peruncit
2. Sasaran pasaran
dikenal pasti - dibekalkan terus oleh pengeluar
belum dikenalpasti - melalui pemborong & peruncit 
3. Liputan pasaran
luas - perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh pengeluar
terhad - pengeluar sendiri boleh memasarkan

4. Keupayaan pengeluar
syarikat besar - menyediakan saluran agihan sendiri
Syarikat kecil - bergantung kepada pemborong dan peruncit
5. Kos pengangkutan
menyediakan kenderaan sendiri – kosnya tinggi
syarikat besar - mampu biaya
Syarikat kecil – kurang mampu

PERNIAGAAN RUNCIT

Fungsi Peruncit

1.    MEMECAHKAN PUKAL
·         menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir.
2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT
·         kepada pelanggan tetap
3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
·         menghantar barang ke rumah
4.    MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
·         cita rasa dan sambutan pengguna - berguna kepada pengeluar - mutu produk
·         menasihati pengguna - mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru
5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN
·         mudah dikunjungi  - menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
6. MENGURUS STOK
·         memastikan bekalannya sentiasa mencukupi
7.    MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR
·         menggred, menimbang, membungkus
8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG
·         berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

Jenis Perniagaan Runcit
·         perniagaan runcit terdiri drpd perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-besaran.
·         perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri drpd peruncit tanpa kedai dan berkedai
·         peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
·         peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
·         perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
·         bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.



Soalan : Jelaskan dengan contoh Jenis Perniagaan Runcit Kecil-kecilan
Perniagaan runcit tanpa kedai
·         tidak mempunyai premis tetap.
·         bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
·         berbentuk milikan tunggal.
·         perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
·         terdiri drpd pegerai dan penjaja
·         Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi yang tetap - di kaki lima, pasar besar
·         Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
·         Penjaja - secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment